Bot karam: Seorang maut, seorang lagi hilang

Operasi mencari dan menyelamat dipergiat

KOTA BELUD, 20 April – Seorang lelaki maut, manakala seorang lagi masih hilang selepas sebuah bot dinaiki lapan individu terbalik akibat dipukul ombak di muara sungai Kampung Tamau Batu Gadung di sini pada petang Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang lelaki berumur 18 tahun ditemukan sekitar 700 meter dari lokasi pada pukul 9.51 malam dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kota Belud.
  • Mohammad Iqram Jumaat, 23 tahun masih belum ditemukan.
  • Pasukan Bomba dan Penyelamat bersama beberapa agensi giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sekitar lokasi.

Mangsa yang berusia 18 tahun ditemukan orang awam kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian pada pukul 9.51 malam, sebelum dihantar ke Hospital Kota Belud dan disahkan meninggal dunia.

Seorang lagi mangsa, Mohammad Iqram Jumaat, 23 tahun belum ditemukan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 petang itu, enam mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai.

Pasukan Bomba dan Penyelamat bersama beberapa agensi lain giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sekitar lokasi kejadian.