Lapan cedera dalam kemalangan lori dan bas persiaran

Ketika kejadian, terdapat 15 individu dalam van tersebut termasuk pemandu, dan enam orang cedera ringan manakala sembilan lagi tidak mengalami sebarang kecederaan. Foto JBPM KL

KUALA LUMPUR, 19 April – Lapan individu cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah bas persiaran (van) berhampiran Perpustakaan Negara Malaysia di Jalan Tun Razak, di sini petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu lori, 56, cedera di bahagian mata; kelindan, 46, cedera di bahagian kaki.
  • Bas persiaran membawa 15 orang; enam cedera ringan manakala sembilan tidak mengalami kecederaan.
  • Semua mangsa cedera diberi rawatan awal oleh KKM di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur; bomba tiba 4.14 petang.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan mangsa terdiri daripada pemandu lori berusia 56 tahun yang cedera di bahagian mata dan kelindan berusia 46 tahun, yang cedera di bahagian kaki.

Ketika kejadian, terdapat 15 individu dalam van tersebut termasuk pemandu, dan enam orang cedera ringan manakala sembilan lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Setibanya di lokasi kejadian pada 4.14 petang, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah Lori Inokom dan Bas Persiaran (van). Mangsa
pemandu lori seorang lelaki 56 tahun cedera di bahagian mata dan kelindan lori seorang lelaki berusia 46 tahun cedera di bahagian kaki.

“Jumlah mangsa yang terlibat di dalam bas persiaran adalah 15 orang termasuk pemandu, enam daripadanya cedera ringan dan sembilan orang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kesemua mangsa yang cedera telah diberi rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bersama-sama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender dengan kekuatan lima anggota tiba di lokasi kejadian pada pukul 4.14 petang selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.04 petang.