
WASHINGTON, 20 April – Lapan kanak-kanak terbunuh dalam satu insiden tembakan rambang pada awal pagi Ahad di bandar Shreveport, barat laut Louisiana di selatan Amerika Syarikat.
- Polis tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada keganasan rumah tangga.
- Mangsa berusia antara satu hingga 14 tahun, dan sebahagiannya adalah anak suspek.
- Suspek merampas kenderaan, melarikan diri; polis mengejar dan menembaknya, dipercayai satu-satunya penembak.
Polis tidak menolak kemungkinan, kejadian berpunca daripada keganasan rumah tangga.
“Ini merupakan lokasi jenayah yang agak luas melibatkan dua kediaman,” kata Koperal polis Chris Bordelon dalam satu sidang media, sambil menambah bahawa sebuah kediaman lain turut termasuk dalam kawasan siasatan.
Mangsa berusia antara satu hingga 14 tahun dengan sebahagian daripada kanak-kanak itu adalah anak suspek.
Dua individu lain turut terkena tembakan, namun keadaan mereka tidak diketahui setakat ini.
Suspek telah merampas sebuah kenderaan dan melarikan diri sebelum polis bertindak mengejarnya dan melepaskan tembakan, menyebabkannya terbunuh.
“Kami percaya dia adalah satu-satunya individu yang melepaskan tembakan di lokasi-lokasi ini,” kata Bordelon yang menyifatkan kejadian sebagai pertelingkahan domestik.
Amerika Syarikat sering menyaksikan keganasan bersenjata dengan ribuan kematian direkodkan setiap tahun. -AFP