Kapal Thailand berjaya melepasi Selat Hormuz

Foto REUTERS

BANGKOK, 19 April – Sebuah kapal kargo Thailand yang dikendalikan oleh Siam Cement Group (SCG) berjaya melepasi Selat Hormuz selepas usaha diplomatik melibatkan Oman dan Iran, menurut kemas kini Kementerian Luar Thailand pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Satu daripada dua kapal milik SCG yang dimohon bantuan Iran berjaya melepasi Selat Hormuz.
  • Kementerian Luar Thailand mengesahkan kejayaan kapal tersebut.
  • Menteri Luar Sihasak Phuangketkeow mengadakan lawatan rasmi ke Oman pada 15 hingga 17 April.
  • Lawatan turut merangkumi usaha mendapatkan bantuan bagi kapal Thailand yang terkandas di Selat Hormuz.

Menurut kementerian itu, satu daripada dua kapal milik SCG yang sebelum ini Kementerian Luar memohon bantuan Iran bagi mendapatkan laluan selamat – berjaya melepasi selat itu.

Menteri Luar Thailand Sihasak Phuangketkeow mengadakan lawatan rasmi ke Oman dari 15 hingga 17 April bagi mengukuhkan hubungan dua hala, yang turut merangkumi usaha mendapatkan bantuan bagi kapal Thailand yang terkandas di Selat Hormuz. -BERNAMA-XINHUA