Operasi Bersepadu Dadah: Penguatkuasaan terhadap pemandu kenderaan perdagangan

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli melihat berat muatan ketika menjalankan Operasi Bersepadu Dadah terhadap Kenderaan Perdagangan/Foto BERNAMA 

SEREMBAN, 2 Julai – Operasi Bersepadu Dadah dilancarkan bagi memperkukuh penguatkuasaaan terhadap pemandu kenderaan perdagangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada kompromi terhadap penyalahgunaan dadah oleh pemandu kenderaan barangan, perkhidmatan awam dan pelancongan.
  • Pemeriksaan dan saringan dijalankan untuk memastikan hanya pemandu bebas dadah dibenarkan mengendalikan kenderaan di jalan raya.
  • JPJ menahan Lesen Vokasional PSV/GDL serta menggantung lesen memandu jika ujian air kencing menunjukkan keputusan positif.
  • Operasi melibatkan AADK, PDRM, APAD, PUSPAKOM, konsesi lebuh raya dan Kementerian; 244 pemandu diperiksa, 22 dikesan positif.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli memaklumkan, tiada kompromi terhadap penyalahgunaan dadah terutama pemandu kenderaan barangan, pemandu kenderaan perkhidmatan awam dan pemandu kenderaan pelancongan.

Jelasnya, pemeriksaan dan saringan akan dilakukan semasa operasi bagi memastikan hanya pemandu yang bebas daripada penyalahgunaan dadah dibenarkan mengendali kenderaan di jalan raya.

JPJ juga akan mengambil tindakan dengan menahan Lesen Vokasional (PSV/GDL) serta menggantung lesen memandu sekiranya ujian saringan air kencing positif.

“Syarikat pengangkutan turut dipertanggungjawabkan dalam memastikan pemandu yang diambil bekerja mematuhi undang-undang. Kegagalan mematuhi syarat lesen atau menggaji pemandu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah boleh dikenakan tindakan, termasuk lesen pengendali digantung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Operasi Bersepadu Dadah Pemandu Kenderaan Perdagangan di sini hari ini.

Operasi bersepadu itu dilaksanakan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), PUSPAKOM, pihak konsesi lebuh raya serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Seramai 244 pemandu telah diperiksa setakat hari pertama operasi itu dilancarkan.

Daripada jumlah tersebut, 22 orang dikesan positif dadah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.