Op Tapis Khas: Dua lelaki positif dadah ditahan di Roban

Pergiat operasi banteras penyalahgunaan dadah

SARATOK, 6 Mei – Dua lelaki tempatan disyaki penagih dadah ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan di kawasan Roban, pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah.
  • Seorang suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah.
  • Polis akan terus mempergiat operasi membanteras penyalahgunaan dadah bagi memastikan keselamatan masyarakat.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kedua-dua suspek berusia 28 dan 33 tahun.

Menurut beliau, salah seorang daripada mereka turut mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis menegaskan akan terus mempergiat operasi membanteras penyalahgunaan dadah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terpelihara.