
SUNGAI PETANI, 6 Mei – Ibu kepada mangsa kes dera, NurFitri Moktar, iaitu Norlelah Zainal, 64 tahun, kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim selepas mengalami serangan jantung ringan pada 3 Mei lalu.
- Penasihat Persatuan Ibu Tunggal Jati Waja, Datuk Shahanim Mohamad Yusof, menziarahi Norlelah dan memberi kata-kata semangat untuk beliau.
- Beliau menekankan pentingnya sokongan moral kerana keluarga mangsa menghadapi tekanan emosi susulan kes dera yang menimpa NurFitri.
- Difahamkan Norlelah mengurus keperluan harian anaknya selepas NurFitri mendapat rawatan akibat kecederaan dipercayai didera suami.
Penasihat Persatuan Ibu Tunggal Jati Waja, Datuk Shahanim Mohamad Yusof, menziarahi Norlelah tengah hari tadi dan memberikan kata-kata semangat agar beliau terus kuat serta kembali pulih.
Menurut beliau, sokongan moral itu penting memandangkan keluarga mangsa berdepan tekanan emosi susulan kes dera yang menimpa NurFitri.
“Situasi ini pastinya memberi kesan mendalam kepada keluarga. Justeru, semangat dan dorongan perlu diberikan agar mereka terus tabah menghadapi ujian ini,” katanya.
Beliau turut berharap keluarga mangsa kekal sabar dan cekal dalam menempuh dugaan berkenaan.
Difahamkan, sejak NurFitri menerima rawatan akibat kecederaan dipercayai didera suaminya minggu lalu, Norlelah telah menguruskan keperluan harian anaknya sebelum dimasukkan ke hospital.