Suspek pukul isteri hamil didakwa esok

Suspek pukul isteri hingga keguguran akan didakwa esok./Foto BERNAMA

SUNGAI PETANI, 6 Mei – Suspek kes pukul isteri hamil sehingga mengakibatkan keguguran pada bulan lalu bakal dihadapkan ke Mahkamah Sungai Petani, Kedah, esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • IPK Kedah mengeluarkan kenyataan kepada media hari ini mengenai kes tersebut.
  • Tertuduh Rosmaini Abd. Raof, 43, disyaki mencederakan pasangannya sehingga parah dan kini disiasat berhubung penanaman janin pada 2 April.
  • Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat secara sulit.
  • Mahkamah Rayuan Putrajaya meningkatkan hukuman penjara seorang lelaki daripada 10 kepada 14 tahun selepas rayuan pihak pendakwaan dibenarkan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah kepada media, hari ini.

Tertuduh, Rosmaini Abd. Raof, 43, yang disyaki mencederakan pasangannya sehingga parah dalam insiden di Ambangan Heights, kini turut berdepan siasatan berhubung kes penanaman janin di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Gufran pada 2 April lalu.

Sehubungan itu, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.

Terdahulu pada Isnin, Mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan untuk meningkatkan hukuman penjara terhadap lelaki berkenaan daripada 10 tahun kepada 14 tahun.

Keputusan itu dibuat susulan sabitan mencederakan bekas isterinya, Jahidah Nordin, sehingga mangsa mengalami koma berpanjangan.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Azman Abdullah, bersama-sama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd. Radzi Abdul Hamid, membenarkan rayuan pihak pendakwaan agar hukuman maksimum dikenakan terhadap individu terbabit.