OP Mahir: 25 warga asing ditahan di tapak pembinaan

Foto JIM Sarawak

KUCHING, 28 Ogos – Seramai 25 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen menerusi Op Mahir yang dijalankan di dua tapak pembinaan di Kuching, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi dijalankan di dua tapak pembinaan, Jalan Lapangan Terbang dan Jalan Datuk Bandar Mustapha.
  • Sebanyak 79 individu diperiksa semasa operasi menurut kenyataan JIM Sarawak.
  • Penahanan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
  • Op Mahir merupakan operasi sasar terhadap sektor pembinaan yang dilaksanakan serentak di seluruh negara.

Operasi melibatkan tapak pembinaan di Jalan Lapangan Terbang dan Jalan Datuk Bandar Mustapha.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, seramai 79 individu diperiksa dalam operasi berkenaan, sebelum 25 warga asing ditahan.

“Penahanan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 6(1)(c) akta yang sama,” menurut kenyataan itu.

Op Mahir merupakan operasi sasar terhadap sektor pembinaan yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.