
KLEBANG, 3 September – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja berusia 16 tahun yang dikhuatiri lemas di Pantai Klebang, semalam dihentikan selepas mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 7.20 malam tadi.
- Mayat ditemukan nelayan di perairan berhampiran Pulau Upeh, kira-kira dua batu nautika dari daratan.
- Pengecaman dilakukan waris sekitar pukul 8.30 malam.
- Mangsa dilaporkan hilang sekitar pukul 3 petang ketika mandi bersama seorang rakan; operasi SAR disambung pagi tadi fokus perairan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka memaklumkan mayat mangsa, Muhammad Arif Daniel Nizamudin ditemukan nelayan di perairan berhampiran Pulau Upeh, kira-kira dua batu nautika dari daratan.
Pengecaman dilakukan waris sekitar pukul 8.30 malam sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Pagi tadi, operasi SAR disambung semula pada pukul 8, dengan tumpuan terarah di kawasan perairan dan permukaan laut.
Mangsa dilaporkan hilang sekitar puku 3 petang semalam ketika mandi bersama seorang rakannya di kawasan perairan Pantai Klebang.