
PASIR PUTEH, 1 Julai – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 600 biji pil yaba bernilai RM6,000 dalam serbuan di sebuah bangsal tidak berpenghuni di Kampung Haji Wan Omar, di sini, semalam.
- Pil dipercayai diedarkan kepada nelayan dan penduduk tempatan sekitar Tok Bali.
- Seorang lelaki ditahan; mengaku memiliki dadah, enggan dedahkan sumber, dan mengaku mengedar sejak kira-kira tiga tahun bersama rakan 'Napi'.
- Pemeriksaan menemui bungkusan plastik tersembunyi di bawah sekeping zink; turut dirampas dua telefon bimbit dan nilai rampasan dianggarkan RM9,000.
Pil yaba itu dipercayai diedarkan kepada nelayan serta penduduk tempatan di sekitar Tok Bali.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam serbuan kira-kira 4.30 petang itu seorang lelaki berusia 31 ditahan.
Beliau berkata, pemeriksaan di kawasan belakang bangsal berkenaan menemukan satu bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi 600 biji pil yaba yang disembunyikan di bawah sekeping zink.
“Turut dirampas dua unit telefon bimbit dan keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM9,000.
“Suspek mengaku memiliki dadah berkenaan selepas disoal siasat, namun enggan mendedahkan sumber bekalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, suspek mengaku terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah sejak kira-kira tiga tahun lalu bersama seorang rakan yang dikenali sebagai ‘Napi’.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.