
SARATOK, 23 Januari – Polis Saratok mengeluarkan 2,746 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas di bawah Op Penguatkuasaan Lalu Lintas, sepanjang tahun lepas.
RINGKASAN BERITA AI
- Polis Saratok keluarkan 2,746 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang tahun lalu.
- Jumlah saman meningkat sebanyak 1,526 berbanding tahun 2024.
- Seramai 115 operasi dijalankan termasuk Op Motosikal, Op Pelbagai, Op Perdagangan dan Op Bersepadu Luaran.
- Penguatkuasaan dan kempen keselamatan jalan raya akan diteruskan serta dipertingkatkan.
Menurut Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie, jumlah tersebut meningkat sebanyak 1,526 keping saman berbanding tahun 2024.
“Sebanyak 115 operasi telah dijalankan sepanjang tahun lalu iaitu Op Motosikal, Op Pelbagai, Op Perdagangan dan Op Bersepadu Luaran.
“Operasi penguatkuasaan kesalahan jalan raya akan diteruskan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
“Kempen keselamatan jalan raya juga akan dipertingkat untuk beri kesedaran kepada masyarakat pentingnya pematuhan terhadap undang-undang jalan raya,” katanya menerusi kenyataan.