Kes tikam 61 kali: KPTMSB beri kerjasama penuh siasatan PDRM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Mei -Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd (KPTMSB) memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi siasatan berhubung insiden pelajar kolej yang ditemukan maut akibat 61 tikaman di Ketereh, Kelantan pada 1 Mei.

RINGKASAN BERITA AI
  • PDRM sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
  • KPTMSB merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga pelajar.
  • Institusi menyediakan bantuan dan sokongan sepenuhnya kepada keluarga mangsa.
  • Dimohon supaya tidak menyebarkan maklumat atau spekulasi tidak sahih; perkembangan disalurkan melalui saluran rasmi.

KPTMSB menerusi kenyataan memaklumkan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

“KPTMSB menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar KPTM Kota Bharu, yang ditemui maut pada 1 Mei di Ketereh.

“Semoha seluruh keluarga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPTMSB, pihaknya turut menyediakan bantuan serta memberikan sokongan sepenuhnya kepada keluarga mangsa bagi membantu mereka menghadapi saat-saat sukar itu.

“Sehubungan itu, warga kampus dan orang ramai dimohon agar tidak menyebarkan maklumat atau spekulasi yang tidak sahih berkaitan insiden ini bagi menghormati privasi keluarga dan memastikan kelancaran siasatan,” kata KPTMSB.

Tambah kenyataan itu, maklumat lanjut berhubung perkembangan berkaitan insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi KPTMSB.