
KUALA LUMPUR, 12 Jun – Seorang Ketua Polis Balai (OCS) di sini yang didakwa terlibat dalam kes salah laku telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus.
- Siasatan dijalankan oleh Ketua Polis Daerah dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.
- Siasatan masih berjalan untuk memastikan sama ada fakta menyokong dakwaan atau sebaliknya.
- Ketua Polis berkata OCS terus menjalankan tugas seperti biasa sehingga siasatan selesai.
- Empat lagi individu dipanggil memberi keterangan dan mesej tular mendakwa salah laku termasuk rasuah.
Jelas beliau, siasatan dijalankan oleh Ketua Polis Daerah berkaitan dengan kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
“Setakat ini siasatan masih berjalan bagi memastikan sama ada terdapat fakta yang menyokong dakwaan berkenaan atau sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Advokasi Kesedaran Lalu Lintas 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Damai, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, OCS terbabit masih menjalankan tugas seperti biasa sehingga siasatan selesai.
Beliau berkata empat lagi individu turut dipanggil bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Terdahulu, tular di media sosial mesej yang mendakwa OCS berkenaan bersama beberapa anggota polis lain terlibat perbuatan salah laku temasuk rasuah.