Kematian pelajar: Pegawai kanan polis dipenjara 7 tahun 6 bulan, diperintah bayar pampasan

Pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak (dua, kanan) dipenjara tujuh tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini/ BERNAMA

IPOH, 28 Oktober – Pegawai kanan polis, DSP Mohd. Nazri Abdul Razak, 47 tahun, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan menyebabkan kematian pelajar tingkatan lima, Muhammad Zharif Affendi Muhd. Zamrie.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pertuduhan dipinda daripada Seksyen 302 kepada Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.
  • Kematian pelajar berlaku di persimpangan Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, pada 15 Disember 2023.
  • Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar pampasan RM50,000 kepada bapa mangsa atau dipenjara setahun jika gagal bayar.

Pertuduhan terhadapnya dipinda daripada Seksyen 302 kepada Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan.

Mohd. Nazri membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet pada akhir kes pendakwaan.

Dia didakwa menyebabkan kematian mangsa di persimpangan Jalan Taman Jati 1, Jalan Pekeliling Meru Indah, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, pada 15 Disember 2023.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh membayar pampasan sebanyak RM50,000 kepada bapa mangsa atau berdepan hukuman penjara setahun jika gagal membuat bayaran tersebut.

Terdahulu, pihak pembelaan dalam rayuan mitigasi memohon mahkamah mempertimbangkan rekod perkhidmatan tertuduh sebagai pegawai polis serta statusnya sebagai pesalah kali pertama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.