Kawasan lalang 29 hektar di Punggai terbakar – Bomba

Kebakaran lalang yang membabitkan kawasan kira-kira 29 hektar di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove, Kota Tinggi masih dalam proses pemadaman./ Foto BERNAMA

KOTA TINGGI, 24 Ogos – Kawasan lalang seluas 29 hektar di Jalan Bypass Punggai-Sebana Cove, di sini, terbakar susulan cuaca panas sejak pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Johor menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran pada 11.25 pagi.
  • Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sebana Cove dan Punggai dikejarkan ke lokasi.
  • Dua jentera Fire Rescue Tender turut digerakkan bagi membantu operasi pemadaman.
  • Tiada mangsa dilaporkan dan operasi pemadaman masih dijalankan sehingga kini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.25 pagi.

Susulan itu, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove dan Punggai, dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.

Menurut kenyataan itu, tiada mangsa dilaporkan terlibat, manakala operasi pemadaman masih dijalankan sehingga kini.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.