Op Rentas Sempadan : Tiga kenderaan perdagangan disita

Antara kenderaan perdagangan yang disita 

KUANTAN, 24 Ogos – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang menyita tiga kenderaan perdagangan akibat membawa muatan melebihi 50 peratus daripada had yang dibenarkan dalam Op Rentas Sempadan bersama JPJ Terengganu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi tiga hari sehingga 20 Ogos di sempadan Kuantan dan Kemaman mensasarkan kenderaan perdagangan membawa muatan berlebihan.
  • 316 kenderaan diperiksa dan 112 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.
  • 302 notis dikeluarkan termasuk 122 Notis Saman JPJ P(22) bagi pelbagai kesalahan.

Pengarah JPJ Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman mengesahkan kes berkenaan sambil memaklumkan operasi tiga hari sehingga 20 Ogos itu dijalankan di sempadan daerah Kuantan dan Kemaman yang menyasarkan kenderaan perdagangan yang membawa muatan berlebihan.

“316 kenderaan diperiksa sepanjang operasi, dengan 112 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

“Daripada angka itu, 43 kes melibatkan kesalahan membawa muatan berlebihan, termasuk tiga kenderaan perdagangan yang ditahan untuk pemeriksaan lanjut.

“Ketiga-tiga kenderaan berkenaan, masing-masing dua lori jenis tipper atau dumper yang membawa muatan batu serta sebuah lori treler kargo am yang membawa muatan besi bar,”katanya.

Ketiga-tiga kenderaan disita mengikut Seksyen 80(1), Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Dalam operasi itu, 302 notis dikeluarkan termasuk 122 Notis Saman JPJ P(22) atas pelbagai kesalahan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.