
LABUAN,13 September – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan menahan seorang individu Islam yang disyaki melakukan kesalahan khalwat dalam Operasi Noda, di Wilayah Persekutuan Labuan.
- Operasi bersepadu melibatkan kira-kira 30 pegawai JAWI bersama Jabatan Imigresen, JPN, PDRM, Perbadanan dan Jabatan Mufti.
- Seorang individu ditahan disyaki melakukan kesalahan khalwat di bawah Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
- Jika disabitkan, hukuman boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
- Operasi bertujuan mengesan dan mengambil tindakan serta memastikan setiap agensi menjalankan pemeriksaan mengikut bidang kuasa masing-masing.
Operasi bersepadu itu membabitkan kira-kira 30 pegawai dan anggota JAWI Labuan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Labuan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Labuan dan Jabatan Mufti.
Individu berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan jenayah syariah di bawah Seksyen 27, Akta Kesalahan Jenayah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 atau Akta 559, berkaitan kesalahan khalwat.
Operasi bertujuan mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu yang disyaki melakukan kesalahan jenayah syariah, selain memastikan setiap agensi menjalankan pemeriksaan serta tindakan mengikut bidang kuasa masing-masing.
Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 27 Akta 559, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
JAWI Labuan bersama agensi berkaitan akan terus memperkukuh penguatkuasaan bersepadu bagi memastikan pematuhan undang-undang serta ketenteraman masyarakat sentiasa terpelihara.