Hutan FRIM Bidor terbakar, pemadaman disambung pagi ini

Foto RTM

IPOH, 8 Sept – Kawasan hutan seluas 2.42 hektar di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Bidor terbakar dalam kejadian petang semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Perak terima panggilan 5.42 petang; anggota BBP Bidor dikejarkan ke lokasi.
  • Operasi pemadaman guna aliran 213.3 meter, dua pancutan, dan pam angkut ambil air dari kolam berdekatan.
  • Kebakaran dikawal tinggal 15 peratus; operasi ditangguhkan tengah malam atas faktor keselamatan dan disambung semula pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada 5.42 petang, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dikejarkan ke lokasi.

Beliau berkata operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran sepanjang 213.3 meter dengan dua pancutan dan pam angkut bersumberkan air dari kolam berdekatan.

“Kebakaran telah berjaya dikawal dan hanya berbaki 15 peratus daripada keluasan kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi ditangguhkan pada 12 tengah malam tadi atas faktor keselamatan dan keadaan kebakaran yang tidak akan merebak.

Operasi pemadaman disambung semula pagi ini.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.