Hantaran tular kapal terbang tersadai di Sungai Kandis adalah palsu – Polis

Polis sahkan hantaran tular kapal terbang tersadai di Sungai Kandis adalah palsu

SHAH ALAM, 8 Jun – Hantaran tular mengenai sebuah kapal terbang yang didakwa tersadai berdekatan Sungai Kandis (Sungai Klang) di Seksyen 36 di sini adalah palsu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis mengesahkan tiada pesawat di lokasi selepas menjalankan siasatan di kawasan berkenaan.
  • Maklumat tular diterima di Facebook kira-kira 11:55 pagi, polis mengesan dan menjejaki koordinat yang dinyatakan.
  • Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi yang menimbulkan kegusaran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol mengesahkan perkara itu selepas pihaknya menjalankan siasatan di lokasi dan mendapati tiada sebarang pesawat di kawasan berkenaan.

Pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tular di Facebook kira-kira pukul 11:55 pagi Ahad seterusnya melakukan usaha mengesan dan menjejaki ‘kapal terbang’ itu.

“Pencarian dijalankan di sekitar kawasan yang dinyatakan pada koordinat dalam hantaran berkenaan.

Hasil semakan mendapati tiada sebarang pesawat tersadai seperti disebarkan oleh pemilik akaun terbabit,” jelasnya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.