
KOTA KINABALU, 27 September – Empat lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebuah lori lima tan di Taman Jaya Diri, Jalan Sepanggar, di sini, awal pagi tadi.
- Mangsa berumur 21, 23 dan 24 tahun; umur mangsa keempat belum dikenal pasti.
- Kejadian kira-kira 2.37 pagi; kereta dipercayai terbabas sebelum merempuh lori yang diletak di bahu jalan.
- Pasukan bomba dapati mangsa tersepit; dikeluarkan dengan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia di lokasi.
- Operasi melibatkan sembilan anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dan Lintas, tamat 3.55 pagi; mayat diserahkan polis.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, mangsa masing-masing berumur 21, 23 dan 24 tahun, manakala umur mangsa ke-empat belum dikenal pasti.
Dalam kejadian kira-kira 2.37 pagi itu, kereta berkenaan dipercayai terbabas sendiri sebelum merempuh lori yang diletakkan di bahu jalan.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan.
“Kesemua mangsa dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” menurut kenyataan itu.
Operasi membabitkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu serta Lintas dan tamat pada 3.55 pagi.
Mayat semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.