PGA Briged Tenggara rampas 225kg beras seludup

Sebahagian 225 kilogram beras yang dirampas PGA selepas ditinggalkan di tebing sungai Pengkalan Haram Nibong, Tumpat/Foto PGA Briged Tenggara

TUMPAT, 27 September – Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 225 kilogram beras bernilai RM950 yang dipercayai diseludup menggunakan perahu di Pengkalan Haram Nibong, di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anggota PGA mengesan guni mencurigakan di tebing sungai semasa Op Taring Wawasan Kelantan sekitar 4.20 petang.
  • Pemeriksaan menemui 200 kilogram beras cap basikal dan 25 kilogram beras pulut cap angsa emas dipercayai untuk diseludup.
  • Semua barang dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor manakala kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain, berkata rampasan dilakukan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira 4.20 petang selepas PGA mengesan longgokan guni mencurigakan di tebing sungai.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 200 kilogram beras cap basikal dan 25 kilogram beras pulut cap angsa emas yang dipercayai untuk diseludup.

“Siasatan awal mendapati beras berkenaan dibawa menggunakan perahu, namun ditinggalkan di tebing sungai selepas pihak terbabit menyedari kehadiran anggota rondaan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua barang rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras Negara 1994.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.