
TEMERLOH, 9 September – Seorang bekas pembantu taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Temerloh atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, pada Ogos lalu.
- Kejadian didakwa berlaku kira-kira 9:45 pagi, 11 Ogos di sebuah taska di Taman Keramat Indah, Mentakab.
- Tertuduh didakwa menganiaya kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan emosi.
- Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, hukuman denda hingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.
- Mahkamah benarkan jaminan RM5,000 seorang penjamin; arahan tidak ganggu mangsa, laporan diri bulanan. Kes disebut semula 14 Okt 2026.
Pertuduhan terhadap Nor Ain Ashikin Husin, 26, dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.
Mengikut pertuduhan, kejadian didakwa berlaku kira-kira pukul 9:45 pagi pada 11 Ogos lalu di sebuah taska di Taman Keramat Indah, Mentakab.
Tertuduh didakwa menganiaya kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan emosi.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bercagar.
Tertuduh turut diarahkan supaya tidak mengganggu mangsa dan saksi, selain melapor diri di balai polis setiap bulan sehingga kes selesai.
Kes akan disebut semula pada 14 Oktober 2026.
Pendakwaan dikendalikan Khairunnisa Zaffar, manakala Mohd Falihin Kamil Mohamed Sazali mewakili tertuduh.