
mengaku bersalah atas 13 pertuduhan.
JOHOR BAHRU, 3 Mac – Seorang bapa dipenjara 21 tahun dengan 24 sebatan, selepas mengaku bersalah atas 13 pertuduhan termasuk melakukan liwat, amang seksual dan rogol terhadap anak perempuannya yang berusia enam tahun pada Januari dan Februari lalu.
- Bapa pengawal keselamatan mengaku bersalah atas 13 pertuduhan berkaitan penderaan seksual terhadap anak perempuan enam tahun.
- Dia dijatuhi hukuman penjara 21 tahun dan 24 sebatan.
- Pertuduhan termasuk amang seksual fizikal dan bukan fizikal, persetubuhan bertentangan aturan tabii, penghasilan bahan penganiayaan seksual dan rogol.
- Tertuduh diwajibkan menjalani kaunseling pemulihan sepanjang hukuman dan pengawasan polis dua tahun selepas bebas.
Lelaki berusia 43 tahun yang juga seorang pengawal keselamatan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Madihah Zainol dan Nor Aziati Jaafar.
Bagi empat pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tidak sah dengan cara membawa maksud seksual.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.
Lelaki itu turut didakwa mengikut Seksyen 15(c) Akta sama atas empat lagi pertuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal di hadapan mangsa .
Bagi dua pertuduhan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa, dia didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan.
Selain, dua pertuduhan menghasilkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dalam bentuk video dan tuduhan merogol mangsa.
Kesalahan dilakukan di sebuah rumah setinggan di Kampung Kempas Baru, Johor Bahru, 22 Januari hingga 17 Februari lalu.
Mahkamah turut mememrintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh pemenjaraan dan berada di bawah pengawasan polis selama dua tahun, selepas tamat hukuman.