26 rumah rosak di tiga kawasan dilanda ribut di Kangar

Sebahagian kediaman dan premis perniagaan yang terjejas akibat ribut yang melanda tiga kawasan./ MAIPs

KANGAR, 19 Jun – Sebanyak 26 buah rumah rosak dengan kebanyakannya bumbung diterbangkan angin akibat kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di Kangar kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerosakan melibatkan 19 rumah di Jejawi Sungai Adam, enam di Kubang Gajah dan satu di Kampung Belukar.
  • Laporan kerosakan dibuat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi kediaman dan Majlis Perbandaran Kangar bagi premis perniagaan.
  • Pegawai MAIPs bersama JKM turun ke lokasi untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung kerosakan penduduk.
  • Bantuan susulan membaik pulih kediaman diselaraskan MAIPs dan JKM selepas laporan polis dibuat.

Ia melibatkan 19 buah rumah di Jejawi Sungai Adam, enam buah di sekitar Kubang Gajah dan sebuah rumah di Kampung Belukar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan kerosakan telah dibuat kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi kerosakan melibatkan kediaman, dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bagi kerosakan melibatkan perniagaan, untuk tindakan lanjut.

Beliau ketika dihubungi RTM berkata, pihaknya bersama pegawai JKM telah turun ke lokasi di sekitar kawasan terjejas bagi mendapatkan maklumat terkini kerosakan yang dialami penduduk terlibat.

Bantuan susulan bagi membaiki kediaman terjejas sedang diselaraskan MAIPs dan JKM selepas laporan polis dibuat mengenai kejadian yang berlaku.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.