Dua beradik maut MPV bertembung kereta

Foto JBPM Pahang

MARAN, 19 Jun – Dua wanita yang dipercayai adik-beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Besar Jengka 19 di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenal pasti sebagai Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23, dan Dinie Nasuha Noor Azlan Efenddy, 19.
  • JBPM menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.47 petang dan anggota BBP Jengka dikerahkan ke lokasi.
  • Kedua-dua mangsa ditemui tersepit dalam MPV yang terbalik dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.
  • Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa kenderaan lain dibawa ke hospital oleh orang awam.

Mangsa dikenal pasti sebagai Dinie Hanis Noor Azlan Efenddy, 23 tahun dan Dinie Nasuha Noor Azlan Efenddy, 19 tahun dipercayai dalam perjalanan menuju ke Bandar Pusat Jengka.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.47 petang.

“Bertindak atas panggilan yang diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 26 kilometer dari balai.

“Sejurus tiba, didapati kedua-dua mangsa tersepit di dalam MPV yang terbalik dan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, mangsa dari sebuah lagi kenderaan tidak dapat dikenal pasti kerana sudah dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum bomba tiba.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.