fb fb fb fb fb

Tujuh individu ditahan ketika sedang curi kabel TM

FOTO FAIL

MUAR, 8 September - Polis Johor menahan tujuh individu dipercayai terlibat kes curi dan khianat kabel bawah tanah milik Telekom Malaysia (TM), bernilai kira-kira RM50,000.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mereka yang ditahan merupakan lima lelaki dan dua wanita berumur antara 23 hingga 47 tahun pada 5 Oktober ketika sedang memotong kabel berkenaan di sebuah bengkel.

"Sindiket menggunakan modus operandi memotong kabel, kemudian menarik keluar kabel daripada lurang menggunakan pacuan empat roda.

"Semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod kesalahan mencuri kabel manakala seorang lagi suspek mempunyai 34 rekod jenayah termasuk mencuri kabel," menurut Raiz Mukhliz menerusi satu kenyataan.

Turut dirampas ialah peralatan-peralatan mencuri kabel, papan tanda, kon,dan tali yang dipercayai digunakan untuk kegiatan itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

TETITIA YUSOFF