fb fb fb fb fb

Tuduhan membunuh, lima penghantar makanan didakwa

Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret, Bangi atas pertuduhan membunuh 20 Februari lalu

BANGI, 27 Februari - Lima penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret Bangi atas pertuduhan membunuh, 20 Februari lalu.

Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41, Azharul Azuan Mohd Azan, 34, Tengku Izham Tengku Hamid, 22, Mahazir Nordin, 43 dan Syamsul Qamar Ayob, 40, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurdiyanah Mohd Nawawi.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kelima-lima tertuduh didakwa bersama-sama membunuh Shahril Samad, 41, di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang di sini pada 9.54 malam.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Tiada jaminan diberikan dan Mahkamah tetapkan 25 April depan untuk sebutan kes bagi serahan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN