Lelaki maut, kenderaan dipandu terbabas di Bulatan Aman

Foto JBPM Sarawak

SIBU, 26 Julai – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dalam kemalangan kendiri berhampiran Bulatan Aman, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.33 pagi; pasukan bomba BBP Sibu Sentral tiba kira-kira 10 minit kemudian.
  • Kemalangan membabitkan tiga mangsa: pemandu tersepit di tempat duduk pemandu; dua penumpang keluar sendiri.
  • Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pasukan perubatan KKM.
  • Pemandu Mackson Manggi Anak Kassim, 28, disahkan meninggal di lokasi; Juliana separa sedar, Maxwell cedera ringan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada pukul 3.33 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat, BBP Sibu Sentral tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan membabitkan tiga mangsa iaitu seorang pemandu yang tersepit di tempat duduk pemandu, manakala dua penumpang berjaya keluar sendiri daripada kenderaan.

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, pemandu dikenali sebagai Mackson Manggi Anak Kassim, 28, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak KKM.

Sementara itu, dua lagi mangsa dilaporkan selamat namun penumpang wanita, Juliana Sudang Akan Juing, 26, berada dalam keadaan separa sedar, manakala Maxwell Sambang, 28, mengalami kecederaan ringan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.