KOTA BHARU, 16 April- Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, baru-baru ini, ditahan reman selama tujuh hari selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Kelantan, hari ini.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.
Suspek yang ditahan di Jalan Bayam dekat sini semalam direman bermula hari ini hingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Terdahulu, suspek tiba di perkarangan Mahkamah Kota Bharu pada pukul 8.30 pagi dengan memakai baju lokap dan diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.
Media sebelum ini melaporkan, suspek, Hafizul Hawari, 38, ditahan di Jalan Bayam pada pukul 3.00 petang semalam selepas 36 jam melarikan diri.
Suspek dicekup di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.
ARTIKEL BERKAITAN
Suspek tembak KLIA dalam proses cerai, ada dua laporan ugutan jenayah
Kes tembak di KLIA 1, pengawal peribadi cedera parah
Langkah keselamatan KLIA dipertingkatkan, elak kejadian berulang
Tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara, pihak berkuasa negara jiran
Kes tembak di KLIA: Polis Perlis, Kedah tingkat kawalan di sempadan