IPOH, 7 Februari- Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak menahan lebih 2,000 orang atas pelbagai kesalahan dadah di negeri itu dalam tempoh tahun ini, sejak Januari hingga semalam.
Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Sariaat berkata lebih 38.6 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah turut dirampas sepanjang tempoh itu.
Jelasnya, daripada jumlah itu seramai 87 individu telah dituduh di mahkamah bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Rampasan dadah untuk tahun ini saja antara Januari hingga Februari melibatkan syabu 3.1 kg, ketamin (1.4 kg), pil ekstasi (2.8 kg), pil kuda (5.06 gram), pil erimin 5 (1.3 kg), dadah tradisional ganja 306 gram, Heroin (29.6 kg)," kata Zulkafli kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, hari ini.
Tambahnya, pihaknya turut menyita harta bernilai lebih RM700,000 sepanjang tempoh tersebut.