fb fb fb fb fb

Lima lelaki curi motosikal ditahan bersama sepucuk pistol

Datuk Muhammad Zaki Harun (tengah) semasa sidang media mengenai kejayaan rampasan pistol di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU, 7 November- Lima lelaki dipercayai terbabit dengan sindiket curi motosikal ditahan dalam dua serbuan berbeza di Tanah Merah dan Pasir Mas, dekat sini awal pagi semalam.

Hasil penahanan turut membawa kepada rampasan sepucuk pistol dan 13 butir peluru yang bertulis PMC serta sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk aktiviti haram berkenaan.

 Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun, serbuan pertama di lakukan di Kampung Pohon Gelugor, Jalan Chetok, Pasir Mas dengan pihaknya berjaya menahan dua lelaki berusia 21 dan 29 tahun di sebuah rumah.

Susulan penahanan itu, serbuan kedua di buat di sebuah rumah di Kampung Bukit Panau, Tanah Merah, dan menahan dua lagi lelaki berumur masing-masing berumur 21 tahun.
 
Ketika serbuan di lakukan, anggota bertugas di datangi seorang lagi lelaki berusia 25 tahun yang tiba-tiba muncul dalam keadaan mencurigakan sambil membawa sebilah parang.
 
"Seorang lelaki datang bersama sebilah parang dan apabila kita buat tangkapan dan pemeriksaan menjumpai sepucuk pistol yang di letakkan di bahagian belakang pinggang, tiada jenama, pistol buatan sendiri akan di hantar kepada forensik untuk di buat semakan dan juga 13 butir peluru dan sebilah parang yang di gunakan semasa datang ke tempat kejadian," katanya.
 
Bercakap pada sidang media di Kota Bharu, beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine.
 
“Empat suspek direman sehingga 9 November, manakala seorang lagi suspek yang memiliki senjata dan gagal mengemukakan kad pengenalan direman sehingga 12 November untuk siasatan lanjut.

“Hasil serbuan ini juga anggota merampas empat buah motosikal, satu rangka motosikal, satu enjin motosikal, sebuah kereta, peralatan curi motosikal serta lapan biji pil Yaba yang dipercayai untuk kegunaan sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 8 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (ABKLSB) 1958, Seksyen 25(1)(N) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990.

Dalam perkembangan berasingan, Muhammad Zaki turut berkongsi kejayaan penahanan ke atas seorang suspek lelaki kerana memiliki sepucuk pistol bersama 27 butir peluru, Khamis lepas.
 
Peniaga berusia 34 tahun itu di tahan dalam satu serbuan di sebuah kedai runcit di Lubok Jong, Pasir Mas sekitar jam 5 petang.
 
“Hasil ujian saringan didapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan suspek ditahan reman sehingga 9 November untuk siasatan lanjut.

“Suspek disasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,”katanya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI