fb fb fb fb fb

Kes bunuh kanak-kanak autisme : Peguam maklumkan ibu bapa Zayn Rayyan didakwa hari ini

Peguam Fahmi Moin ditemui media di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pagi tadi

PETALING JAYA, 13 Jun- "Akan ada pertuduhan terhadap ibu dan bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, namun seksyen berapa dan dituduh di mahkamah mana, tidak dapat dipastikan lagi”.

Perkara itu didedahkan oleh peguam, Fahmi Abd Moin yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan.

Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekitar 9.15 pagi tadi memaklumkan perkara tersebut dalam satu sidang media. 

Beliau juga memaklumkan, Datuk dan Nenek Zayn Rayyan juga akan dilepaskan hari ini namun waktu belum dapat dipastikan lagi. 

Terdahulu, peguam Mahmud Jumaat tiba di kompleks mahkamah sekitar 8.50 pagi. 

Peguam Mahmud yang ditemui memberi respons bahawa beliau yakin Polis Diraja Malaysia telah buat yang terbaik dalm kes berkenaan. 

Ketika berita ini diterbitkan, pengamal media masih lagi menunggu ibu bapa Zayn Rayyan untuk tiba di kompleks mahkamah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE