fb fb fb fb fb

Buang bayi: Lelaki warga Nepal ditahan

Foto hiasan/Foto RTM

IPOH,3 Oktober-Seorang lelaki warganegara Nepal ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes buang bayi di Sungai Larut, Taiping, semalam.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada Bahagian Kecemasan Hospital Taiping berhubung seorang pesakit wanita warga Kemboja yang baru melahirkan anak pada pukul 3.32 pagi semalam.

Bagaimanapun bayi yang dilahirkan itu tidak dibawa ketika sedang menerima rawatan dan disyaki telah dibuang.

Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis IPD Taiping digerakkan bagi mengesan suspek dan berjaya menahan lelaki berusia 34 tahun dalam masa kurang 24 jam.

Suspek kemudian telah menunjukkan tempat mayat bayi dibuang iaitu di kawasan tepi Sungai Larut.

Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 318 kanun keseksaan iaitu dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang kanak-kanak.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD