Kementerian Ekonomi perkukuh rantaian bekalan Pantai Timur melalui ECRL

 Datuk Mohd Shahar Abdullah/ RTM

KUALA LUMPUR, 13 Julai Kementerian Ekonomi melalui Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur sedang melaksanakan kajian pengukuhan rantaian bekalan dan nilai bagi menyokong pembangunan di Pantai Timur.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh keseluruhan rantaian nilai makanan dan mengenal pasti inisiatif memanfaatkan infrastruktur strategik termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
  • Cadangan pembangunan pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan berhampiran stesen ECRL untuk memperluas akses pasaran dalam dan luar negara.
  • Pembangunan infrastruktur industri di Cerang Tuling, Pasir Puteh menyokong aktiviti industri hiliran berhampiran stesen kargo ECRL.
  • Sebanyak 46 projek diluluskan untuk Parlimen Pasir Puteh tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM27.2 juta.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata kajian tersebut bertujuan memperkukuhkan keseluruhan rantaian nilai makanan serta mengenal pasti inisiatif yang dapat manfaatkan infrastruktur strategi termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ERCL).

Menurut beliau, antara cadangan yang diberi tumpuan ialah pembangunan pusat pengumpulan pemprosesan dan pembungkusan yang berhampiran dengan stesen ECRL yang dijangka memperluaskan akses pasaran dalam dan luar negara.

“Bagi tahun ini, sebanyak 46 projek telah diluluskan bagi Parlimen Pasir Puteh dengan syiling peruntukan sebanyak RM27.2 juta.

“Antara projek yang berkaitan ialah projek pengambilan tanah dan pembangunan infrastruktur kawasan industri di Cerang Tuling, Pasir Puteh yang akan menyokong aktiviti industri hiliran berhampiran stesen kargo ECRL,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh di Dewan Rakyat, hari ini.