fb fb fb fb fb

2 anggota penguat kuasa ditahan, disyaki minta & terima rasuah kira-kira RM6,000

FOTO SPRM KEDAH

ALOR SETAR, 15 Januari- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman dua anggota penguat kuasa disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM6,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas penjualan ketum di negeri tersebut.

Perintah reman selama lima hari sehingga 19 Januari 2025 telah dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan sekitar pukul 2 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar Jun 2023.

“Kedua-dua suspek telah menerima rasuah kira-kira RM6,000 daripada peniaga ketum sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas aktiviti-aktiviti tersebut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 

1501 SPRM KEDAH 2FOTO SPRM KEDAH

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE