Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kg. Sinar Budi Baru

Foto JBPM

KUCHING, 23 Julai – Dua buah rumah musnah dalam kebakaran yang melibatkan tiga kediaman di Lorong 17A, Lot 1373, Kampung Sinar Budi Baru, di sini, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Salah sebuah rumah terjejas didiami lapan penghuni; sebuah lagi tidak berpenghuni semasa kejadian.
  • Tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban.
  • Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.04 pagi dan menggerakkan BBP Batu Lintang serta bantuan BBP Kota Sentosa.
  • Kebakaran dikawal pada 10.42 pagi; operasi ditamatkan sepenuhnya pada 11.08 pagi. Punca dan jumlah kerugian disiasat.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, kebakaran membabitkan tiga rumah tidak kekal dengan dua daripadanya musnah sepenuhnya, manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kira-kira lima peratus.

“Salah sebuah rumah yang musnah didiami lapan penghuni, manakala sebuah lagi tidak berpenghuni ketika kejadian. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.04 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dengan bantuan BBP Kota Sentosa ke lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.42 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.08 pagi.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.