fb fb fb fb fb

Sambutan Hari Kebangsaan 2025: RTM tampilkan teknologi VR360

Foto Sambutan Hari Kebangsaan 2024

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Buat julung kalinya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan pengalaman menonton Sambutan Hari Kebangsaan 2025 dalam format 'Virtual Reality 360° (VR360).

RTM menerusi kenyataan memaklumkan, VR360 memberikan lebih pengalaman dengan impak visual yang lebih menyeluruh berbanding biasa.

"Rasai sendiri suasana penuh warna-warni perarakan di Dataran Putrajaya seolah-olah anda berada di barisan hadapan!

"Kebiasaannya anda hanya dapat menonton visual perarakan sambutan Hari Kebangsaan melalui media sosial dan saluran televisyen dan terbatas kepada apa yang dapat dilihat dan dirakam sahaja.

VR360 itu mempunyai pandangan penuh 360 darjah yang membolehkan pengguna melihat ke kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah.

"Kawalan di hujung jari dengan menggerakkan skrin telefon, tetikus komputer, atau menggunakan headset VR.

Selain visual yang menyeluruh, penonton juga boleh merasakan sendiri pengalaman unik dan interaktif kerana ianya lebih dekat, lebih nyata dan lebih merdeka.

Menurut kenyataan itu, VR360 tersebut boleh ditonton dengan melayari laman rasmi RTM iaitu rtmklik.rtm.gov.my/merdeka360 atau imbas QR Code untuk akses pantas.

"Pilih cara tontonan anda sama ada melalui Telefon/Tablet - anda hanya perlu menggerakkan peranti untuk ubah pandangan, atau melalui komputer – hanya klik & heret (drag) dengan tetikus atau cara ketiga dengan menggunakan Headset VR untuk pengalaman paling imersif.

Selain VR360, orang ramai juga boleh menyaksikan Siaran Langsung Sambutan Hari Kebangsaan 2025 melalui RTMKlik, media sosial rasmi RTM (Facebook Live & YouTube Live) dan saluran televisyen & radio RTM.

"Mari bersama-sama menghayati detik bersejarah negara dengan cara baharu, lebih dekat dan interaktif. Eksklusif hanya di RTM – Penyiar Rasmi Hari Kebangsaan 2025", menurut kenyataan itu.

Imbas QR Code untuk akses pantas

ROSLINA BINTI DIN