fb fb fb fb fb

Ribuan peminat hadir konsert Nidji di Sarawak

Nidji juga mempamerkan gabungan lagu-lagu popular seperti Laskar Pelangi, Hapus Aku, Sumpah Mati, 'Shadows' dan Biarlah. 

MIRI, 4 Februari- Kumpulan terkenal Indonesia, Nidji, telah mengadakan konsert di sebuah kelab golf di Miri, Sarawak malam tadi.

Konsert berkenaan berjaya menarik ribuan penonton terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk dari Brunei Darussalam.

Nidji juga mempamerkan gabungan lagu-lagu popular seperti Laskar Pelangi, Hapus Aku, Sumpah Mati, 'Shadows' dan Biarlah. 

Selain Nidji, peminat turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis tempatan seperti Menoah, D_Va dan Monosterio.

Turut hadir pada konsert terbabit Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebatian Ting Chiew Yew, Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kuching, Bapak Raden Sigit Witjaksono , Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii dan Timbalan Datuk Bandar Ariffin Mohamad.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM