Malaysia catat rekod spread terendah bagi penerbitan Sukuk Global AS$1.5 bilion

Foto fail

KUALA LUMPUR, 24 Julai– Malaysia mencatat rekod spread terendah bagi penerbitan Sukuk Global bernilai AS$1.5 bilion.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penerbitan menerima lebihan langganan 4.7 kali, dengan permintaan melebihi AS$9.5 bilion.
  • Tranche diagihkan kepada AS$850 juta matang 5.75 tahun dan AS$650 juta matang 10 tahun.
  • Harga akhir ditetapkan pada T+15 mata asas bagi tranche 5.75 tahun dan T+25 bagi tranche 10 tahun.
  • Penerbitan mewujudkan penanda aras harga baharu dan mencerminkan keyakinan pelabur terhadap pembaharuan fiskal dan Ekonomi MADANI.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, penerbitan itu menerima lebihan langganan sebanyak 4.7 kali, dengan jumlah permintaan melebihi AS$9.5 bilion.

Menurut MOF, ia merangkumi AS$850 juta bagi tempoh matang 5.75 tahun dan AS$650 juta bagi tempoh matang 10 tahun.

“Permintaan yang kukuh ini membolehkan kerajaan menetapkan harga akhir terendah sebanyak 30 mata asas daripada Panduan Harga Awal (IPG) kepada T+15 mata asas bagi tranche 5.75-tahun dan sebanyak 30 mata asas kepada T+25 mata asas bagi tranche 10-tahun.

Ia sekaligus mencapai kadar spread terendah pernah dicatatkan bagi terbitan sukuk global Malaysia,” katanya dalam kenyataan sama.

Menurut MOF, penerbitan ini mewujudkan penanda aras harga baharu bagi penerbitan global pada masa hadapan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta.

Pada masa sama, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur global terhadap agenda pembaharuan fiskal dan ekonomi Malaysia.

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pencapaian tersebut membuktikan dasar ekonomi bawah kerangka Ekonomi MADANI terus meletakkan negara pada landasan yang tepat.

“Kita telah memperkukuh kewangan awam, memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan serta meletakkan asas yang teguh dalam membina daya tahan Malaysia bagi jangka masa panjang.

Lebihan langganan yang tinggi dengan spread terendah ini mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap prospek ekonomi dan dasar pembangunan negara yang kukuh,” katanya.

Jelas beliau, keadaan itu membuktikan agenda pembaharuan, strategi pengurusan hutang yang berhemat dan komitmen terhadap pertumbuhan mampan terus menarik sokongan pelabur berkualiti tinggi meskipun berdepan persekitaran global yang mencabar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.