fb fb fb fb fb

Pertukaran dokumentari khas RTM-GXRTV, sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China

Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV, Nasrul Hakim Md Noh

KUALA LUMPUR, 3 Mei- RTM dan Guangxi Radio and Television (GXRTV), China mengadakan kerjasama menerusi pertukaran rancangan dokumentari khas, sempena sambutan 50 tahun, hubungan diplomatik Malaysia-China.

Kedua-dua stesen penyiaran memberi tumpuan kepada pembangunan negara dan ekonomi yang melibatkan kerjasama antara kedua buah negara.

Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV, Nasrul Hakim Md Noh berkata RTM akan menerbitkan dua episod dokumentari khas mengenai keusahawanan industri kecil dan sederhana (IKS) dan peluang perniagaan Malaysia dan China. Manakala, GXRTV menerbitkan dua episod dokumentari khas bertajuk 'The Great Tie Between China and Malaysia'.

"Kita juga bukan hanya menerima dua dokumentari dari pihak China, tapi kita mendapat ruang dan peluang untuk bekerjasama dan bertukar-tukar program dengan pihak Guangxi Radio and Television dan dua dokumentari yang kita akan hasilkan di negara China, itu yang paling penting.

"Bermakna hubungan ini bukan hanya satu pihak yang mendapat keuntungan, tetapi kedua-dua pihak mendapat keuntungan", katanya dalam sidang media di Angkasapuri Kota Media.

Beliau turut mengajak orang ramai untuk menonton dokumentari khas tersebut pada 31 Mei yang disiarkan menerusi RTM.

Program ini mendapat kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

ROSLINA BINTI DIN