SAKHIR, 12 Mac- Pasukan McLaren terpaksa merehatkan pemandu utamanya, Daniel Ricciardo selepas disahkan positif COVID-19 namun pemandu dari Australia itu dijangka kembali cergas untuk pembukaan musim Formula Satu di Bahrain, 20 Mac ini.
Ricciardo sepatutnya dijadual menjalani sesi ujian jentera bersama rakan sepasukan Lando Norris di Bahrain yang bermula kelmarin dan berakhir hari ini.
Namun, ujian kedua yang dilakukan semalam mengesahkan dia positif Covid-19 dan telah menjalani kuarantin.
McLaren dalam satu kenyataan berkata, Ricciardo yang sebelum ini tidak sihat telah menjalani ujian saringan namun didapati negatif virus berkenaan sebelum kemudian positif bagi ujian kedua.
"Oleh itu Ricciardo terus menjalani kuarantin mengikut peraturan tempatan Bahrain dan akan bebas tepat pada waktu berlangsungya pembukaan Grand Prix Bahrain hujung minggu depan.
"Kesihatannya dalam keadaan baik, dan kami doakan semoga dia cepat sembuh."
Ricciardo yang berusia 32 tahuntidak menyertai dua hari pertama ujian pramusim di Bahrain selepas mengadu tidak sihat.
(Sesi ujian jentera McLaren oleh Lando Norris di Bahrain/AFP)