fb fb fb fb fb

“Kepulangan Tak Dinanti”, drama khas OTT RTM sempena Aidilfitri

“Kepulangan Tak Dinanti”, drama khas OTT RTM sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 24 Mac- RTM bakal menerbitkan drama khas bertajuk “Kepulangan Tak Dinanti” arahan Zarool Fahmee Khairuddin untuk tayangan istimewa sempena sambutan Aidilfitri.

Drama berdurasi dua minit ini disiarkan menerusi platform penstriman (OTT), RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my), sebanyak 10 episod dan bakal bersiaran pada malam raya.

Menerusi drama pendek yang menggunakan loghat Perak ini, RTM mengharapkan drama yang sarat dengan turun naik emosi ini sampai ke hati setiap penonton.

Ia menggunakan pendekatan plot cerita yang dekat dalam diri masyarakat kita yang kaya dengan nilai budi dan budaya dengan mesej disampaikan secara santai dan komedi berbanding drama raya lain yang sarat kesedihan.

“Kepulangan Tak Dinanti” mengisahkan Zam yang sudah tiga bulan tidak pulang ke kampung ekoran ibunya mahu berkahwin lagi. Namun sehari sebelum Ramadan berakhir dia terbuka hati pulang ke kampung setelah dipujuk teman serumahnya.

Menampilkan barisan pelakon utama Faha Azhar, Ares Bahar dan Datuk Fauziah Nawi.

Drama ini turut mengetengahkan pelakon lain seperti Khatijah Tan, Fathil Dani, Dewa Sapri, Akmal Ahmad, Man Belon, Yah Kuchai, Adriana Yusman dan Azirah Khairuddin.

ROSLINA BINTI DIN