KUALA LUMPUR, 21 September- Setelah hampir dua dekad dalam industri hiburan, Ora Fiza kini kembali dengan karya sulung berjudul 'Bangunlah’.
Jelas Ora Fiza, album sulung itu merupakan sebuah lagu yang sarat dengan mesej kebangkitan dan kekuatan.
Tambahnya, lagu itu menggambarkan perjalanan hidup beliau yang penuh cabaran, namun tetap teguh dalam mengejar impian.
Beliau turut berharap karya berkenaan memberikan inspirasi kepada pendengar.
"Sebuah lagu yang saya hasilkan bersama-sama John Jeeves dan Abang Kulit ini bertujuan memberi inspirasi kepada semua wanita untuk bangkit, tidak kira di mana mereka berada..sama ada dalam pekerjaan, perniagaan, atau kehidupan rumah tangga.
"Jangan biarkan diri kita terjatuh ketika dalam kesedihan atau kemurungan.Jangan bersedih, jangan murung. Bangkitlah, kerana masa depan sedang menunggu kita. Ya, masa depan milik kita!,' katanya kepada pemberita di sini.
Bangunlah kini tersedia untuk penstriman dan muat turun di semua platform muzik digital utama.
Peminat boleh mengikuti perkembangan terkini Ora Fiza melalui akaun media sosialnya.