fb fb fb fb fb

Boney M ke Kuala Lumpur, jelajah jubli emas

Foto Facebook Boney M Maizie Williams

KUALA LUMPUR, 11 November- Legenda era irama disko, Boney M akan mengadakan konsert pada 12 Januari tahun depan di Malaysia sempena sambutan jubli emas kumpulan itu.

Konsert berkenaan dianjurkan Lo-Fi Entertainment, dengan penganjur bersama Front Row Entertainment Sempena Jelajah Ulang Tahun ke-50 Boney M di Kuala Lumpur.

Kumpulan yang diketuai oleh anggota asal, Maizie Williams, 73 akan membuka tirai konsert pada pukul 8.00 malam di Mega Star Arena, KL.

Lagu-lagu kumpulan berkenaan sering menjadi siulan seperti 'Daddy Cool', 'Sunny', 'Ma Baker', 'Rasputin', 'Hooray! Hooray! It's a Holi-Holiday', 'Brown Girl In The Ring' dan banyak lagi masih menjadi ikutan ramai sejak 1970-an hingga kini masih digemari ramai.

Menelusuri perjalanan awal kerier seni Boney M bermula apabila mendiang penerbit muzik Frank Farian menerbitkan lagu 'Baby Do You Wanna Bump' dengan menggunakan nama samaran.

Tidak pernah menduga ia akan mendapat sambutan hangat ketika itu, beliau terpaksa menggupah seorang penghibur iaitu Maizie Williams untuk membuat penampilan secara langsung.

Turut menyertai Maizie Williams kemudiannya ialah Marica Barrett, 76; Liz Mitchell, 72 dan mendiang Boby Farrell meninggal dunia pada 2010 disebabkan sakit jantung.

Dari Eropah, gaya dan muzik Boney M terus menarik perhatian dunia hingga pernah memecahkan rekod penjualan album dan mencatat nama sebagai penghibur tangga teratas.

Selepas lima dekad, Boney M masih mempunyai tarikan tersendiri setiap kali mengadakan konsert jelajah.

Maizie Williams yang mengetuai persembahan tersebut mampu memukau penonton tanpa mengira usia dengan rangkaian lagu-lagu hits Boney M yang tidak jemu didengar.

Tiket konsert berkenaan akan dijual secara dalam talian pada harga RM188 hingga RM688 pada 15 November bermula pukul 12.00 tengah hari.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI