Kongres PKR 2026 pemangkin perkukuh parti

Cabaran politik akan terus datang, tetapi Keadilan mesti kekal teguh dengan prinsip dan agenda perjuangan rakyat / Foto FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2026 yang melabuhkan tirainya pada Ahad, menjadi platform pemangkin memperbaharui tekad perjuangan serta memperkukuh gerak kerja parti dalam memastikan agenda perjuangan terus memberi manfaat kepada rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Platform bermuhasabah untuk mendengar akar umbi, menilai kekuatan dan kelemahan serta memperbaharui tekad perjuangan.
  • Amanat Presiden: perjuangan reformasi mesti berterusan; kekuatan parti mesti berpaksi kepada kepentingan rakyat.
  • Jentera parti perlu kembali bertemu rakyat, dengar keresahan, fahami masalah dan cari kaedah menyelesaikannya.
  • Perkukuh organisasi dan bergerak sebagai satu pasukan tersusun serta berdisiplin menghadapi cabaran politik.

Menerusi hantaran di Facebook, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyatakan kongres yang berlangsung dua hari itu bukan sekadar platform untuk berucap dan berbahas, malah ruang untuk bermuhasabah, mendengar suara akar umbi, menilai kekuatan, kelemahan parti dan memperbaharui tekad perjuangan.

“Amanat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan jelas perjuangan reformasi mesti berterusan dan kekuatan parti perlu sentiasa berpaksi kepada kepentingan rakyat.

“Kita pulang ke kawasan masing-masing dan kembali bertemu rakyat, dengar pandangan, fahami keresahan mereka dan cari kaedah menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

“Kita juga mesti memperkukuh organisasi dan bergerak sebagai satu pasukan yang tersusun dan berdisiplin.

“Cabaran politik akan terus datang, tetapi Keadilan mesti kekal teguh dengan prinsip dan agenda perjuangan rakyat,”menurut hantaran berkenaan.

Beliau dalam pada itu menyatakan, walaupun kongres telah berakhir, tanggungjawab jentera masih berterusan dengan anggota parti perlu kembali bekerja lebih kuat, mendengar dan memastikan perjuangan terus membawa manfaat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.