
JOHOR BAHRU, 16 Ogos – Enam penerima Biasiswa Orang Muda Johor, (BOMJ) Kohort Dua bakal melanjutkan pengajian masing-masing di beberapa universiti terkemuka dunia dalam pelbagai bidang selepas mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan A-Level.
- Empat pelajar akan melanjutkan pengajian di University College London.
- Amber Poi memperoleh empat A* dan akan mengikuti Sustainable Built Environment, Energy and Resources di UCL.
- Faiq Fathullah Mohd Yazid (3A1A*) bakal belajar Robotik dan Kepintaran Buatan di UCL; Nur Maryam Norazam (3A1A*) ke Kejuruteraan Biokimia.
- Nurul Hidayah Norazam (2A2A*) ke Kejuruteraan Kimia di UCL; Hemaraj A/L Thanabalan ke Kejuruteraan Kimia di Manchester; Tan Wen Bin ke Sains Komputer, UPenn.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, empat daripada mereka akan melanjutkan pengajian di University College London.
Mereka ialah Amber Poi yang memperoleh empat A* yang bakal mengikuti pengajian dalam bidang ‘Sustainable Built Environment, Energy and Resources.’
Serta, Faiq Fathullah Mohd Yazid dan Nur Maryam Norazam yang memperoleh keputusan 3A 1A*.
Faiq akan mengikuti pengajian dalam bidang Robotik dan Kepintaran Buatan.
Manakala, Nur Maryam bakal mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan Biokimia.
Seorang lagi penerima, Nurul Hidayah Norazam yang memperoleh 2A 2A* akan melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia.
Sementara itu, Hemaraj A/L Thanabalan yang memperoleh keputusan 3A 1A* pula akan melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia di University of Manchester.
Manakala, Tan Wen Bin dengan keputusan sama akan melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di University of Pennsylvania.