fb fb fb fb fb

Bintang RTM 2024 janji kelainan, pukau penonton

Datuk Suhaimi Sulaiman

KUALA LUMPUR, 10 Januari- Program realiti, Bintang RTM 2024 yang bakal menemui penonton pada Sabtu ini menjanjikan kelainan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata, Bintang RTM yang telah bersiaran lebih 50 tahun itu akan menampilkan pembaharuan yang bakal memukau penonton.

"Bila kita kata Bintang RTM itu... ia adalah suara, kualiti suara yang bagus. Kita berbeza berbanding dengan pencarian bakat di stesen-stesen lain.

"Di mana di sini, kita akan tengok peserta itu kekuatannya di mana, katakan dia mahir dalam irama Malaysia, jadi kita akan teliti keupayaan dia dan tambah dengan ilmu-ilmu baharu untuk naikkan dia ke tahap lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas sidang media Bintang RTM 2024 di Auditorium Seri Angkasa di sini.

Kualiti berkenaan juga telah meningkatkan keyakinan buat para penaja rasmi program berkenaan bagi tahun ini.

Menurut Pengarah FAME Sdn Bhd, Nor Azlin Hashim, Bintang RTM bukan sahaja menyemarakkan industri hiburan, malah secara tidak langsung menyokong usahawan tanah air.

1001 RTM USAHAWAN
Nor Azlin Hashim dan Shamsul Haq Md Noh

"Sekarang dan akan datang pun akan terus bersama RTM sebab RTM merupakan medium dan platform yang boleh membawa usahawan ke depan.

"Macam kami dahulu, daripada sebuah pekan kecil iaitu di Selama, Perak dan kini kita telah berjaya membeli sebuah kilang besar yang terletak di Kemuning, Taiping, Perak. Kita juga berjaya membeli mesin-mesin dan buka cawangan di beberapa negeri, dalam dan luar negara. Semuanya bersama dengan RTM.

"Jadi bagi menghargai RTM, dengan cari beginilah kami sertai atau memberi penajaan," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Peruncitan Automatif Eon Berhad, Shamsul Haq Md Noh mahu produknya lebih dikenali melalui penajaan progam tersebut yang digemari ramai sejak dahulu lagi.

"Bintang RTM itu sendiri adalah satu program berkualiti, digemari ramai dan sangat positif. Melalui kualiti itu, kami mahu menonjolkan ciri-ciri yang sama (iaitu) positif dan diterima ramai kepada produk kami," katanya.

Bintang RTM 2024 akan menampikan 14 peserta terbaik dari seluruh negara.

Kesemua peserta bakal berentap merebut gelaran juara pada konsert akhir dijangka 24 Februari depan.

ARTIKEL BERKAITAN
Prelude Bintang RTM 2024, Sabtu ini di TV2
Peserta Top 16 Bintang RTM 2024 mulakan saingan 30-31 Disember ini
Bintang RTM kembali Januari ini di saluran TV2 dan RTMKlik
Bintang RTM 2024 bakal membuka gelanggang pada Januari
Peserta uji bakat Bintang RTM Zon Utara berkualiti

SITI AISHAH BINTI MD ISA