fb fb fb fb fb

DOLLA tampil dengan single terbaharu, QUESTION

Ahli DOLLA terdiri daripada Angel, Sabronzo dan Tabby/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 November- Kumpulan pop sensasi Malaysia, DOLLA kini kembali mewarnai industri muzik tempatan dengan single terbaharu berjudul “QUESTION”.

Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan Justin Seow dan Kuizz, dengan lirik oleh Justin Seow, Kuizz, Aziz Harun serta ahli kumpulan DOLLA sendiri iaitu Tabby, Angel dan Sabronzo.

Proses penerbitan dan susunan muzik turut dikendalikan oleh Justin Seow dan Kuizz, menjanjikan sentuhan segar buat para peminat.

Menurut Tabby, single kali ini berkisarkan kesakitan akibat dikecewakan, namun berani meluahkan emosi yang terpendam.

Koreografi “Question” mendapat sentuhan antarabangsa dari Thailand iaitu Akkaraphol Prompen, dengan kombinasi elemen feminin, dinamik dan ekspresif.

Selepas pelancaran “Question”, DOLLA merancang untuk melancarkan album baharu pada tahun 2026 dan memperluas kehadiran ke seluruh Asia Tenggara.

DOLLA juga dijangka akan mengadakan konsert “Good Girls Gone Bad” pada 6 Disember depan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM