fb fb fb fb fb

Prelude Bintang RTM 2024, Sabtu ini di TV2

Barisan peserta Bintang RTM 2024/Foto RTM

KUALA LUMPUR, 5 Januari –Pentas mencungkil bakat vokal terbaik dan versatil dalam bidang nyanyian, “Bintang RTM” kembali dengan konsep lebih segar menerusi penampilan barisan peserta terbaik yang dipilih dari seluruh negara.

Untuk siaran permulaan, saksikan perjalanan para peserta dalam persediaan bergelar seorang bintang menerusi “Prelude Bintang RTM 2024”, bersiaran esok, Sabtu 6 Januari 2024, pukul 9.00 malam di TV2.

Menerusi siaran prelude, penonton boleh merasai pengalaman para peserta berdepan pelbagai cabaran dan rintangan dalam dunia seni sebenar. Antaranya pengalaman peserta menghadiri kelas motivasi, kelas senaman, kelas vokal, kelas irama Malaysia, dan sukaneka. Ada juga aktiviti santai di tasik dan sesi uji bakat Top 16.

Difahamkan para peserta yang melepasi uji bakat terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat sekali gus membuktikan Bintang RTM mempunyai pengikut tersendiri.

Penglibatan generasi muda dalam Bintang RTM menunjukkan mereka masih percaya keupayaan RTM dalam melahirkan bakat–bakat hebat untuk industri suara negara.

Siaran langsung “Prelude Bintang RTM 2024” juga boleh diikuti secara dalam talian melalui RTMKlik (www.rtmklik.rtm.gov.my) dan NASIONALfm sebagai radio rasmi Bintang RTM 2024.

ARTIKEL BERKAITAN
Bintang RTM kembali Januari ini di saluran TV2 dan RTMKlik
Peserta Top 16 Bintang RTM 2024 mulakan saingan 30-31 Disember ini


Tonton klip siaran di sini
https://rtmklik.rtm.gov.my/play/program/bintangrtm202400002/bintangrtm2024preludebintangrtminibarubintang

MAT YUNUS BIN SABRI